SEGAMAT: Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya patah kaki dalam kemalangan melibatkan sebuah bas henti-henti dan lori tangki di Jalan Sidek, Kampung Jawa, Chaah dekat sini pada Sabtu.
Nahas pada jam 7.10 pagi tersebut turut mengakibatkan tiga lagi cedera.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun itu meninggal dunia semasa mendapat rawatan di sebuah klinik berhampiran.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Pegawai Bomba Mohd Hafifie Md Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.13 pagi.
Katanya, seramai 14 anggota bomba dari BBP Labis dan BBP Yong Peng dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dikejarkan ke tempat kejadian.
"Laporan awal kemalangan melibatkan sebuah treler jenis Tata dan sebuah bas transit jenis Hino. Pihak bomba bertindak menyelamatkan mangsa dan memberikan rawatan awal.
"Mangsa yang cedera ialah pemandu lori iaitu lelaki warga emas berusia 62 tahun, penumpang bas, seorang lelaki berusia 65 tahun dan dua wanita berumur 23 dan 45 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, semua mangsa yang cedera dihantar dengan menaiki EMRS dan ambulans ke klinik kerajaan dan Hospital Daerah Segamat untuk menerima rawatan.
Tambah Mohd Hafifie, operasi menyelamat mangsa tamat pada jam 9.03 pagi. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 15 2023
Kemalangan melibatkan treler dan bas di Jalan Sidek, Kampung Jawa, Chaah, Segamat pada Sabtu mengakibatkan lima cedera termasuk kanak-kanak dan warga emas. - Foto JBPM
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
12 maut dalam nahas babitkan bas di Nepal
Seramai 12 orang maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai di daerah Dang di barat Nepal pada Jumaat.
18 maut, 27 cedera kemalangan babitkan bas bawa migran
Tiga kanak-kanak dan dua wanita antara mangsa maut, kesemua mereka dikatakan merupakan pendatang asing dari Venezuela dan Haiti.
Venice berkabung selepas 21 maut dalam nahas bas
Bendera di bangunan rasmi di rantau ini akan dikibarkan separuh tiang kerana tragedi yang besar ini.
Anak maut, ibu patah kaki dalam nahas bas dan lori tangki
Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya patah kaki dalam kemalangan melibatkan sebuah bas henti-henti dan lori tangki di Segamat pada Sabtu.
13 maut, 25 cedera dalam nahas bas di barat India
Kebanyakan mangsa dilaporkan terdiri daripada ahli kumpulan muzik tradisional dari Mumbai.
4 kanak-kanak antara 15 maut dalam nahas bas di Mexico
Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan kesemua mangsa dan punca kemalangan masih dalam siasatan.
15 terbunuh nahas jalan raya di Uttar Pradesh
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam nahas jalan raya di negeri Uttar Pradesh, India pada Khamis.
Bas terbabas ke dalam gaung, 27 terbunuh
Bas itu terjerumus ke dalam gaung sedalam 250 meter ketika dalam perjalanan dari wilayah Ayacucho ke Arequipa melalui Lebuhraya Interoceanic.
20 maut, 14 cedera bas terbalik di Peru
Difahamkan 18 penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, dengan dua lagi mati ketika dipindahkan.
11 maut, 19 cedera dalam nahas trak rempuh bas di lebuh raya
Pelanggaran itu menyebabkan bas itu terbalik dan melanggar belakang dua buah trak dalam barisan.